Monday 27 February 2012

Bergembiralah dengan Zakat Emas ...

Assalamualaikum...


Mmg betul cakap en zul... dari segi sentemin value.. dinar kelantan mmg terbaik... saya pun beli dan simpan sebagai koleksi... target 1 dinar sebulan... jika miss bajet... tak beli lah... insyallah target 15 dinar utk saya dan 15 dinar utk isteri.... semoga 18 tahun atau 20 tahun nanti akan jual..bila sampai waktu naik... nama nak pegi Haji...Mekah... jika emas naik 400% dalam masa 10 tahun lepas... dan kos haji tahun ini lebih kurang 9k-10k..( daftar hari nie.. turn nama anda 18 tahun nanti ) macaman kos haji 20 tahun akan datang... bagi saya dengan 12 dinar atau 15 dinar tahun ini atau 20 tahun depan.. akan tetap dapat pegi Haji.. walaupun kos haji naik..ikut RM lah... ini yang motivate saya bagi simpan dinar...


Dan satu lagi kepada rakan2 semua... nasihat saya lah.. jangan dok ralat sangat tentang zakat emas... sampai ada kata2.. kalau simpan emas nantikan kena zakat pulok.... bagi saya fikiran ini kena buang lah... jika selama ini ibadat kita hanya solat... puasa dan zakat fitrah sahaja.. mengapa tak kita tambahkan ibadat kita dengan zakat emas.. ketahuilah atas segala sedekah atau zakat kita tunaikan.. Allah gandakkannya... 700kali ganda.. tak nak kah anda menjadi jutawan akhirat.. yang mana jutawan akhirat inilah sahaja yang relevan jika anda nak capai dalam jangka pendek...


GANJARAN 700 KALI GANDA...


Bandingan (derma) org-org yg membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yg tumbuh menerbitkan 7 tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi 100 biji dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya. (Baqarah: 261)




Jom sapa-sapa nak jadi jutawan akhirat... dengan sedekahkan dan berzakat RM150 anda dah jadi jutawan akhirat yang digandakan RM1.05 juta... RM150 X 700x


dan ingatlah syarat wajib zakat emas adalah apabila cukup nisab dan tempohnya... nisab emas simpanan( bar ) 85 gram, dinar pula 20 dinar...( barang kemas ikut adat setempat.. jika di wilayah persekutuan 850gram ) dan kadarnya 2.5% atau 1/40 atau bagi 20 dinar.. zakatnya 1/2 dinar... ( dengan berzakat 1/2 dinar anda dah jadi jutawan akhirat ) cukup tempoh adalah setahun daripada milik penuh anda..


jadi jika ada kata2 sinis dan takut pasal berzakat... buang..buangkan lah,,, dan tegur..tegurkan lah... semoga sama-sama kita berpesan-pesan pada jalan kebenaran...




**--pss.. tips orang kaya bertambah kaya... banyakkan bersedekah.. kerana Allah akan gantikan balik harta yang anda bersedekah dengan berlipat ganda... tak percaya?? cubalah.. hanya masa sahaja..tentukan... bagi saya... sudah nampak dan terbukti walaupun saya tidaklah kaya lagi... insyallah


wailaliqa'


zulkifli juga nama saya...

No comments:

Post a Comment