Monday 27 February 2012

Apa Kesilapan Pelabur Emas ?

10 Kesilapan Pelabur Emas!

debt consolidation Apa Kesilapan Pelabur Emas ?

Sekadar nak berkongsi perkara penting buat pelabur emas dan perak iaitu tentang 10 kesilapan biasa pelabur emas. Saya berkongsi ni sebab saya tengok ramai juga yang buat kesilapan remeh yang sepatutnya boleh dielakkan kalau dia ada ilmu. Kekadang saya terkilan juga kesilapan tu dilakukan oleh kawan-kawan rapat sendiri. Kalau dia tanya saya dulu sebelum bertindak, saya rasa dia boleh elakkan, insyaAllah.

10 Kesilapan Pelabur Emas

So, untuk elakkan kesilapan tu, saya dedahkan 10 daripada kesilapan biasa pelabur emas berdasarkan pengalaman saya sendiri dan dealer-dealer yang otai. Moga ianya bermanfaat:

Kesilapan #1: Melabur ikut-ikut tanpa ilmu. Ingat, lagi tinggi ilmu, lagi banyak untung anda akan dapat dalam mana-mana pelaburan. Baca at least 1 buku pelaburan emas yang ada kredibiliti sebelum bermula.

Kesilapan #2: Tunggu harga emas paling rendah untuk buat belian pertama. Anda tak akan faham bila harga emas rendah selagi belum buat belian pertama sebab belum ada benchmark sendiri. Dan untuk makluman anda, technical analyst harga emas yang paling pakar pun pun tak tahu bila harga emas paling rendah.

Kesilapan #3: Membeli barang kemas. Barang kemas bukanlah emas pelaburan. Harga emas perhiasan lebih tinggi dari emas pelaburan dan kos workmanshipnya sering dimanipulasi oleh kedai emas. Susut nilainya juga tinggi bila nak jual balik.

Kesilapan #4: Membeli gold coin dan gold bar di kedai emas. Harganya lebih tinggi dari emas pelaburan lain, dan banyak syarat yang cerewet seperti tak boleh buka seal dsb. Kalau buka seal, emas tu boleh susut nilai sehingga 25%.

Kesilapan #5: Beli emas dengan duit yang nak digunakan dalam masa terdekat. Emas adalah pelaburan jangka sederhana dan jangka panjang. Minimum setahun. Kalau beli hari ini, bulan depan nak jual balik, anda rugi atas spread antara 4% – 10% kalau harga emas tak naik banyak. Apatah lagi kalau harga emas jatuh.

Kesilapan #6: Pinjam duit untuk beli emas. Pelaburan sebenar ialah menggunakan duit lebihan yang tak digunakan, bukan dengan cara meminjam. Daripada duit tu tak dimanfaatkan dan dimakan inflasi, lebih baik melabur. Kalau tak ada duit, lebih baik berniaga, bukan melabur.

Kesilapan #7: Membeli emas paling murah, tanpa ambil kira faktor lain. Emas paling murah, jual balik pun murah. Kena ambil kira juga kadar spreadnya, permintaannya, syarat-syarat jual baliknya, ketulenannya, kredibiliti pengeluar dsb. Sebagai contoh, emas Public Gold dan Dinar Kelantan bukanlah paling murah, tapi ia adalah emas berpermintaan tinggi dan mempunyai kredibiliti yang tinggi. Senang beli, senang jual balik.

Kesilapan #8: Pajak emas tanpa alasan kukuh dan tak faham teknik yang betul. Teknik memanipulasi pelaburan emas cara memajak hanya sesuai pada 2 situasi sahaja; (1) Harga emas turun banyak, (2) Duit itu digunakan untuk perkara yang menguntungkan, melebihi kos pajakan seperti pusing modal bisnes. Tip penting, kalau nak pajak 5 keping emas, buat 5 surat pajak supaya senang nak tebus satu persatu nanti. Ingat, 1 emas, 1 surat pajak.

Kesilapan #9: Membeli emas fizikal di bank. Biasanya emas pelaburan di bank sangat cerewet. Mereka tak terima balik kalau seal dibuka, calar, kemek dsb bila nak jual balik. Kalau tak boleh buka seal, maksudnya tak boleh pajak!

Kesilapan #10: Menjual emas ditempat yang salah. Tempat terbaik jual emas anda ialah di mana anda membelinya. Sebelum beli, fahami dulu syarat jualan baik, dan spread (diskaun) yang dikenakan daripada harga semasa.

Kurangnya Ilmu, Punca Utama 10 Kesilapan

Oh, satu lagi, punca utama kesilapan berlaku ialah tak ada ilmu untuk melabur. Ramai yang jenis ikut-ikut jer. Walaupun dah dekat setahun melabur, saya always update ilmu saya tentang pelaburan. Ingat, lagi tinggi ilmu kita dalam sesuatu pelaburan, lagi besar untung yang kita boleh dapat.

*From : www.mohdzulkifli.com

TINGGALKAN DOLLAR - BELI EMAS UNTUK LEBIH SELAMAT






KELANTAN MAHU GUNA MATA WANG SYARIAH BAYAR GAJI KAKITANGAN 
-minsider

Selepas empat tahun Dinar Kelantan dilancarkan, kerajaan negeri itu memperkenalkan mata wang syariah — emas dinar dan perak dirham.

Menteri Besar Kelantan Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata adalah menjadi hasratnya untuk melihat Kelantan mempelopori penggunaan mata wang syariah dalam semua urusniaga, termasuk membayar gaji kakitangan kerajaan negeri.

Bagaimanapun, kata beliau masih banyak soal teknikal yang perlu diatasi oleh kerajaan negeri sebelum dapat melaksanakannya.

“Kita bercadang mengamalkan semua urus niaga dan membayar gaji kakitangan menggunakan mata wang syariah iaitu dinar emas dan dirham ini secara menyeluruh tidak lama lagi,” kata beliau kepada pemberita selepas majlis pelancaran dinar emas di sini, hari ini.

Dinar emas dan dirham itu dikendalikan oleh Kelantan Gold Trade (KGT) iaitu anak syarikat Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK). 

NOTA:
ini langkah paling tepat.
tinggalkan mata wang yang tidak bersandarkan dengn emas.
ringgit bersandar kan dollar – dollar adalah fiat money
fiat money ialah duit yng nilainya dipaksakan ke atas dunia
oleh federal reserve. Paksaan ini dapat dijalankan kerana jual beli
minyak wajib menggunkan dollar.

awas – salah satu sebab saddam di serang kerana saddam telah
meninggalkan dollar dan menjual minyak dengan menggunkan
pelbagai mata wang.


Tukar Tiub

Bergembiralah dengan Zakat Emas ...

Assalamualaikum...


Mmg betul cakap en zul... dari segi sentemin value.. dinar kelantan mmg terbaik... saya pun beli dan simpan sebagai koleksi... target 1 dinar sebulan... jika miss bajet... tak beli lah... insyallah target 15 dinar utk saya dan 15 dinar utk isteri.... semoga 18 tahun atau 20 tahun nanti akan jual..bila sampai waktu naik... nama nak pegi Haji...Mekah... jika emas naik 400% dalam masa 10 tahun lepas... dan kos haji tahun ini lebih kurang 9k-10k..( daftar hari nie.. turn nama anda 18 tahun nanti ) macaman kos haji 20 tahun akan datang... bagi saya dengan 12 dinar atau 15 dinar tahun ini atau 20 tahun depan.. akan tetap dapat pegi Haji.. walaupun kos haji naik..ikut RM lah... ini yang motivate saya bagi simpan dinar...


Dan satu lagi kepada rakan2 semua... nasihat saya lah.. jangan dok ralat sangat tentang zakat emas... sampai ada kata2.. kalau simpan emas nantikan kena zakat pulok.... bagi saya fikiran ini kena buang lah... jika selama ini ibadat kita hanya solat... puasa dan zakat fitrah sahaja.. mengapa tak kita tambahkan ibadat kita dengan zakat emas.. ketahuilah atas segala sedekah atau zakat kita tunaikan.. Allah gandakkannya... 700kali ganda.. tak nak kah anda menjadi jutawan akhirat.. yang mana jutawan akhirat inilah sahaja yang relevan jika anda nak capai dalam jangka pendek...


GANJARAN 700 KALI GANDA...


Bandingan (derma) org-org yg membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yg tumbuh menerbitkan 7 tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi 100 biji dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya. (Baqarah: 261)




Jom sapa-sapa nak jadi jutawan akhirat... dengan sedekahkan dan berzakat RM150 anda dah jadi jutawan akhirat yang digandakan RM1.05 juta... RM150 X 700x


dan ingatlah syarat wajib zakat emas adalah apabila cukup nisab dan tempohnya... nisab emas simpanan( bar ) 85 gram, dinar pula 20 dinar...( barang kemas ikut adat setempat.. jika di wilayah persekutuan 850gram ) dan kadarnya 2.5% atau 1/40 atau bagi 20 dinar.. zakatnya 1/2 dinar... ( dengan berzakat 1/2 dinar anda dah jadi jutawan akhirat ) cukup tempoh adalah setahun daripada milik penuh anda..


jadi jika ada kata2 sinis dan takut pasal berzakat... buang..buangkan lah,,, dan tegur..tegurkan lah... semoga sama-sama kita berpesan-pesan pada jalan kebenaran...




**--pss.. tips orang kaya bertambah kaya... banyakkan bersedekah.. kerana Allah akan gantikan balik harta yang anda bersedekah dengan berlipat ganda... tak percaya?? cubalah.. hanya masa sahaja..tentukan... bagi saya... sudah nampak dan terbukti walaupun saya tidaklah kaya lagi... insyallah


wailaliqa'


zulkifli juga nama saya...

Semasa

utk mengetahui harga emas dinar kelanta boleh bukak website rasmi www.islamicmint.com.my

saya ada buat jual/beli dinar kelantan.. saper2 yg berminat boleh hubungi saya di www.dnd-kelantan.blogspot.com  @ PM saya di http://www.facebook.com/profile.php?id=100000420792447

utk spread sy ambil serendah 4-9% (bergantung kpd keadaan dinar/dirham serta covernya)

wassalam...