Monday 31 October 2011

2010 Dinar standards

DinarStandards 500x423 Promosi Dinar Emas Kelantan
Dinar emas dikatakan mata wang Islam yang pernah digunakan di negara Madinah al-Munawwarah pada zaman Nabi Muhammad SAW lagi dan kemudian diperluaskan lagi pada zaman Khulafa Al Rasyidin yang tersebar dari Afrika Utara, Andalusia hinggalah ke Bukhara, Delhi dan akhirnya ke Asia Tenggara.
Pakar ekonomi mengatakan dinar emas boleh berperanan untuk meningkatkan serta mempertahankan kekayaan. Bukan seperti mata wang, nilainya akan jatuh tetpi tidak dengan dinar emas.
Spekulator mata wang pun tidak boleh membuat spekulasi sebab dinar emas ini adalah benar bukan seperti wang yang boleh dicetak sesuka hati yang tiada nilai intrinsik.
Kerana itu selepas krisis ekonomi pada tahun 1997 akibat penyangak mata wang George Soros, Tun Dr Mahathir Mohamad merasakan dinar emaslah cara penyelesaian kepada masalah itu.
Tetapi oleh kerana gagasan seperti ini agak baru, pendapat itu dipandang remeh dan dilihat sebagai saingan serta seakan Euro Dollar di Eropah. Lagipun siapa yang percaya bahawa Dolar Amerika akan runtuh seperti yang berlaku hari ini.
Penggunaan dinar emas bukan bermakna kita mesti memikul emas setiap kali berurus niaga. Sebaliknya, ia menjadi asas kepada kedudukan simpanan kewangan kita.
Kini harga emas membuka tempahan untuk mereka yang ingin memiliki Dinar Emas Kelantan untuk koleksi dan simpanan emas, harga dinar boleh dirujuk di http://www.islamicmint.com.my/
penghantaran segera di Seberang Perai Tengah (24 hour), tempah sekarang

No comments:

Post a Comment